Mulakan Kisah Baru!!

Posted February 9, 2010 by asaville
Categories: Uncategorized

Salam Tahun Baru kepada semua warga ASA Explore terutamanya abang-abang dan kakak-kakak fasilitator dan adik-adik peserta…marilah sama2 kite hidupkan titik perubahan untuk lebih maju dunia dan akhirat…maaf kerana lama x update..Insya Allah selepas ini blog ini akan terus disusuli dengan maklumat2 yang menarik..salam motivasi dan selamat beramal..

Advertisements

Program Terkini

Posted November 2, 2009 by asaville
Categories: Info Terkini

Salam motivasi penuh iltizam dan istiqamah…

6 November : KAFA Taman Delima, Kajang di KRRSH 

21, 22 dan 23 November : XPOSURE Camp 2009

4, 5 dan 6 Disember : Pejabat Kesihatan Daerah PJ di KRRSH

11, 12 dan 13 Disember : JAWI bahagian Qariah

18, 19 dan 20 Disember : Kembara Fasilitator di Gunung Ledang

 

Rumah Terbuka ASA Explore

Posted October 14, 2009 by asaville
Categories: Info Terkini

Salam tuk semua, Salam Aidilfitri…

Dikesempatan ini, dijemput kepada semua abang-abang dan kakak-kakak fasilitator serta adik-adik program tuk hadir ke rumah terbuka ASA Explore:

Tempat : No. 8, Jalan KP 2/2, Taman Kota Perdana, Bndr Putra Permai, Seri Kembangan
Tarikh : 17 Oktober 2009 (Hari Sabtu)
Masa : 11.30 am – 6.00pm

Harap pada semua, dapat meluangkan masa tuk hadir mengeratkan tali ukhuwwah antara kita. Datang jangan tak datang ek..

Program JULY-AUGUST

Posted July 15, 2009 by asaville
Categories: Info Terkini

Salam kepada smua, maaf dah lama tak update blog ni. Mohon maaf atas kelemahan n kekrurangan diri pengendali blog ini. Insyaallah moga Allah beri kekuatan pada kita semua untuk meneruskan misi hidup dan kehidupan kita. Insyaallah

Bulan JULAI

2 Julai : SK (1) Simpang Lima, Klang (YOULEAD) PRS

3, 4 dan 5 Julai : SK Pusat Bandar Pchgn 1 [RINDU]

4 dan 5 Julai : SK Seksyen 7 B.B.B (RINDU)

10, 11 dan 12 Julai SMK Alam Megah 2, Shah Alam (RINDU) PMR

1o dan 11 Julai : SRA Integrasi Salak Tinggi di KRRSH (RINDU)

11 Julai  : KAFA Hulu Langat di KRRSH (RINDU)

11 dan 12 Julai : SK Sungai Udang di KRRSH (YOULEAD)

16 Julai : Talk EXAM Prep. SK Alam Megah 3

22 Julai : SMK Viviekanada, Bangsar (Talk Israk Mikraj)

24 dan 25 Julai : SRA Kg Suharto, Ulu Selangor (RINDU)

Bulan OGOS

31 Julai dan 1 Ogos : SK Sungai Ara, Penang (BESTARSI Camp)

1 dan 2 Ogos : SRA Integrasi B.B.B [RINDU]

1 dan 2 Ogos : SK Damansara Utama RINDU)

7, 8 dan 9 Ogos SMK Alam Megah 2, Shah Alam (RINDU) Calon SPM

7, 8 dan 9 Ogos SMK Seksyen 24 (RINDU) Calon PMR dan SPM

8 Ogos SMK Convent, Klang (YOULEAD) 8am-1pm

14, 15 dan 16 Ogos SRA Sungai Penchala, TTDI (RINDU)

14, 15 dan 16 Ogos SK Sekyen 7 B.B.B (JUPITER)

14, 15 dan 16 Ogos SRA Saidina Amru Al-‘As, Sentul (RINDU)

14, 15 dan 16 Ogos SMK Tengku Ampuan Jemaah di KRRSH (JUPITER)

Program JUNE

Posted May 28, 2009 by asaville
Categories: Info Terkini

Salam musim semi di bulan Jun..harapan semua rakan-rakan dan teman setia dalam ASA Explore sntiasa dirahmati olehNya. Kepada adik-adik peserta di mana pun anda berada, doa kami tidak putus2 untuk anda..moga kecemerlangan mengiringi dirimu..kepada mereka2 yang ditimpa musibah, jadikan segala ujian yang datang, sebagai tanda kasih sayangNya. Kepada fasilitator ASA Explore yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini, moga bahagia dan ceria sntiasa!

Kepada yang berminat untuk menjadi fasilitator ASA Explore, boleh trus hubungi brother sham melalui email atau telefon, atau hubungi brother fitri n brother fahmi, tq so much!

2, 3 dan 4 Jun : SRA Integrasi Seksyen 19, Shah Alam (RINDU) Tahap 1

7, 8 dan 9 Jun : Masjid At-Tayyibin, Selayang di KRRSH [RINDU]

9, 10 dan 11 Jun : SRA Integrasi Seksyen 19, Shah Alam (RINDU) Thp 2

9, 10 dan 11 Jun : Masjid Kg Pandan + JAWI di KRRSH (JUPITER)

19, 20 dan 21 Jun : SK Taman Universiti, Seri Kembangan (RINDU)

19, 20 dan 21 Jun : SMK Alam Megah 2, Shah Alam (RINDU) Calon PMR

26 Jun : SRI Hira Shah Alam, Induksi Pengawas (siri 2)

26 dan 27 Jun : SMK Bukit Rahman Putra di KRRSH (RINDU) K.A.A

26, 27 dan 28 : SRA Saidina Umar, Bkt Damansara di P.D. (RINDU)

Iman Semut

Posted May 8, 2009 by asaville
Categories: Ibrah & Iktibar

sampaikanlah kebaikan walau sepotong ayat…

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”. Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi AllahSulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”. Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”. Jawab Imam Suffian:” Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil:
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”

Nukilan : Brother Has

Program MEI 2009

Posted April 28, 2009 by asaville
Categories: Info Terkini

Salam, mohon maaf untuk kesekian kalinya, sbb tak dapat nak upload smua gambar-gmbar program yang telah dijalankan. Ini disebabkan oleh masalah gmbar-gmbar yang diupload tak dpt dijadikan ‘thumbnail’ [kilk untuk besar], mohon maaf atas kelemahan manusia yang serba kekurangan ini..Bermula tahun 2009 ni, wordpress dah ubah sistem nya..so masih dlm proses belajar dan memahami sistem ciptaan manusia ni, ok

Dijemput untuk kesekian kalinya kepada semua fasilitator membantu prgrm-prgram yang akan berlangsung dalam bulan mei ini.

1 dan 2 Mei : SMK Hillcrest di KRRSH [PRS Camp]

1, 2 dan 3 Mei : SK Taman Nirwana di KRRSH [RINDU]

4 Mei : SMK Bukit Rahman Putra [8am-1pm]

6 Mei : SAM Sungai Merab Luar di UPM [8am-4pm]

8, 9 dan 10 Mei : Fakulti Quran & Sunnah USIM di Dusun Eco Resort

15, 16 dan 17 Mei : SK Bukit Jalil, Kuala Lumpur [RINDU]

16 dan 17 Mei : SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi [RINDU]

23 Mei : SK Puchong Jaya [YOULEAD] 8am-5pm

28, 29 dan 30 Mei : SK Puchong Indah di Nur Bukit Unggul [MIND-A]