Archive for the ‘Ibrah & Iktibar’ category

Iman Semut

May 8, 2009

sampaikanlah kebaikan walau sepotong ayat…

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”. Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi AllahSulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”. Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”. Jawab Imam Suffian:” Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil:
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”

Nukilan : Brother Has

Titik Renungan!

March 29, 2009

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan.telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran,hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

6) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

7) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

8) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

9) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

10) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Nukilan : Kak Yasmien UIAM

Hijrah Ini…

January 15, 2009

Kerana ini bulan hijrah, kita perlu berubah.

Kita yang lama perlu ditinggalkan, kita yang baru perlu dibentukkan.

Biar hijrah lahir dari hati, muncul untuk kecemerlangan diri kita sendiri bukan kerana paksaan atau desakan dari sesiapa.

Hijrah yang sebenar-benar hijrah dalam diri adalah perubahan pemikiran, tindakan, perkataan, fikiran.

Bagaimana nak menghijrahkan diri?

Segalanya mesti bermula di HATI. Hati kita membentuk siapa kita, siapa saya dan siapa Anda.

Seriuslah Dengan Tuhan!

November 22, 2007

children2gif.gif

Pernah Sayyidina Umar bin Khattab r.a. ketika berziarah ke rumah Baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah S.W.T sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar ditubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayyidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah s.a.w. pun bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Umar?” 

“Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini,” jawab Sayyidina Umar. “Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagian di akhirat sedang mereka memilih dunia.” Itulah jawapan seorang hamba Tuhan. Luluhlah hati Sayyidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah s.a.w. itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukannya yang tinggi sekalipun Rasulullah s.a.w. tetap merasakan kehambaannya. Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan. Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha. Bagaimana sikap orang yang serius dengan Tuhan? Antaranya ialah dalam keadaan apa pun, hati sentiasa cemas dan bimbang terhadap Tuhan. Kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan dirasakan belum berbuat. Kalaupun berjaya dalam satu kerja, dirasakan belum hasil kerjanya, tapi milik Tuhan. Di dalam diri sudah tertanam rasa kurang, rasa lemah, rasa tidak mampu; sehingga dari situ lahirlah benih-benih cinta terhadap Tuhan. Cinta Tuhan ini sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan.

Hadirkanlah Tuhan, bagi mengiringi kerja-kerja yang kita lakukan, baik kerja-kerja lahir mahupun yang batin. Agar kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap tindakan kita. Apabila kita serius denganNya, maka Tuhan akan memberikan perhatianNya. Betapa besar kasih sayang Tuhan kepada hambaNya, pamerhatianNya itu adalah lambang kasih sayangNya pada hambaNya.

Taubat Seorang Lelaki!

October 2, 2007

1061.jpg 

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

   Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.” Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”

   Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”

   Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.

   Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

   Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

Sudah Bersedia???

September 28, 2007

apple.jpg

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

dah nampak dah…

3) Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini  terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita” -Ibnu Majah
~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Industri Muzik

4) Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan  dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah…banyak masjid cantik dibina tapi jarang2 org sembahyang

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

 ”Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk  dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani
~ george bush

 
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
 ”Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.

 ”Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

 ”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2″ – Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banji

Balajar Hikmah Dari Socrates

August 12, 2007

tarbiyahsocrates.gif

 Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai”, jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?”, katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air”, tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan. Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?”, tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?”, geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?”, tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!”, jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda”, kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku”, tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens – Sean Covey]

Suatu Yang Melucukan!

August 7, 2007
  • Suatu yang melucukan…… RM 10 menjadi begitu mahal dan berharga ketika kita membawanya ke masjid dan diletakkan di dalam tabung derma, tetapi duit yang sama begitu kecil bagi kita ketika dibawa ke restoran atau pasaraya apatah lagi membeli top up untuk kredit telefon bimbit kita.
  • Suatu yang melucukan…… Masa satu jam yang dihabiskan untuk berada dalam masjid untuk melakukan ibadat terasa begitu lama dan panjang sedangkan masa satu jam yang digunakan untuk berada di padang bola atau dihadapan TV terasa begitu pendek dan lebih pendek bila di hadapan PS2 atau X Box.
  • Suatu yang melucukan…… 20 muka surat al-Quran (1 juzuk) terasa amat panjang untuk dihabiskan dalam masa satu hari tetapi novel, surat khabar, komik atau majalah yang lebih jumlah muka suratnya boleh dihabiskan dengan mudah.
  • Suatu yang melucukan…… Kita percaya sepenuhnya dengan apa yang dinyatakan oleh surat khabar, radio, TV, internet dan sebagainya tetapi kita masih persoalkan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran.
  • Suatu yang melucukan…… Kita begitu sukar untuk mengingati walaupun 2 potong ayat al-Quran tetapi dengan mudah mengingati keseluruhan lirik lagu.
  • Suatu yang melucukan…… Kita begitu relaks duduk mengadap TV berjam-jam tetapi terasa amat rimas bila menghadap kiblat selama 5 minit.

Fikirkanlah……………