EXPLORE Kini – APRIL 2010

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”

Our Mission : LOVING, CARING and GIVING!

1 April : SMK Seksyen 19, Shah Alam [JUPITER] 8am-1pm

3 April : SRAI Seksyen 19, Shah Alam [BESTARI Solat] Siri 2– 8am-1pm

4 April : Kelab NAZIM ISMA NS [MIND-A] 8am-1pm

8 April : SRA Integrasi Salak Tinggi [MIND-A] Siri 1, 8am-4pm

9, 10 dan 11 April : SK Seksyen 1 Bndr Kinrara [YOULEAD] HERBA

16 dan 17 April : SK Taman Samudera [YOULEAD]

16 dan 17 April : SK Seksyen 20, Shah Alam [MIND-A] Group 1 update

17 April: SK Desa Tasik, Sg Besi [YOULEAD] 8am-1pm

22 April : SK Jalan Air Panas, Setapak TALK, 8am-10am

23 April : MRSM Terendak Melaka, TALK, 3pm-5pm

24 April : SMK Pandamaran Jaya [MIND-A] Form 3, 8am-5pm update

24, 25 dan 26 April : SRI Hira Shah Alam [EKB Camp] di HULU TAMU

28 April : SK TUDM Subang [MIND-A] Darjah 5, 8am-1pm update

29 April : SK TUDM Subang [MIND-A] Darjah 4, 8am-1pm update

30 dan 1 Mei : SMK Tmn Desa Jaya, Johor Bharu [MIND-A] Calon SPM

30, 1 dan 2 Mei : SMK Seri Balik Pulau, Penang [YOULEAD] Tluk Bahang

1 Mei : SRAI Seksyen 19, Shah Alam [BESTARI Solat] Siri 3– 8am-1pm

 

Explore posts in the same categories: Info Terkini

7 Comments on “EXPLORE Kini – APRIL 2010”


  1. Salam..dh lama x join ASA..minggu study ni, nak join yg 17 april kat SK Desa Tasik sg Besi..0194503668

  2. faci baru Says:

    slm…nak tempah tu ke Penang,SMK seri balik pulau…30,1 dan 2…

    kak honey..;-)

  3. cikgu samudra Says:

    salam…alhamdulillah sekolah saya baru selesai kursus kepimpinan pengawas di bawah kendalian ASA EXPLORE…..( 16 dan 17 APRIL di SK TAMAN SAMUDRA,BATU CAVES )…terima kasih banyak2..semua aktiviti yang dijalankan sangat menarik dn byk2 perkara baru yang dipelajari oleh warga SK TAMAN SAMUDRA..tahniah kepada barisan fasilitator yang diketuai oleh saudara WAN @ BRO WAN dn rakan2nya…rasa x puas buat 2 hari 1 malam..lastly,salam sayang dan salam rindu dari anak2 murid(pengawas2)kepada barisan fasilitator yang bertugas di situ..TAHNIAH dan terima kasih sekali lagi…

  4. brother has Says:

    Salam..

    lama dah x menjenguk blog ASA.. n lama juga dah x join prgm ASA.. Alhamdulillah, brother has tengok makin byk prgm ASA n makin byk ramai muka2 baru dalam ASA.. mudah2an ASA akan terus bertahan dalam membantu dan mendidik adik2 meneruskan perjalanan kehidupan..
    insyaAllah klu ada kelapangan, brother has harap dapat join program2 yg dianjurkan. rindu sgt2..

    kepada fasi2..
    teruskan perjuangan..
    banyakkan berlapang dada dan sentiasa bersedia menerima teguran. jadikan ia sbg pengalaman..
    semoga ikatan ukhuwwah antara kita akan berkekalan..

  5. brother has Says:

    ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

    Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktusaya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

    “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
    “Mengapa?” balas saya.
    “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

    Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
    dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
    mendapat kenaikan gaji?

    Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
    Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
    “Oh ramai encik.”
    “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

    Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
    masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
    “Kakak, boleh saya bertanya?”
    “Tanyalah encik.” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

    “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
    Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

    Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik. tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

    Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
    “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran.” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
    “Maksud encik?”
    “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
    kakak anak-anak yang menjadi.”
    “Tidak pernah saya terfikir begitu encik.”

    “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
    “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
    “Maksud kakak?”

    “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
    saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
    “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

    Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
    “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
    lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.”

    Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
    “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
    laluan untuk kita?”

    Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
    “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
    “Pasti ada! Insya-Allah.”
    “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
    kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

    “Subhanallah!”
    “Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
    “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

    “Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
    “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
    “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

    “Maksud encik?”
    “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
    Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
    “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

    Giliran saya pula tersenyum.
    “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepadakita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

    “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
    “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan.”
    “Maksud encik?”

    “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
    “Kenapa?”
    “Kita akan sakit jiwa!”
    “Kenapa?”
    “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
    berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

    “Tetapi Allah tidak berhenti memberi. ” kata kakak itu perlahan.
    “Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
    “Ah, kita terlalu ego.”

    Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?

  6. kk miza Says:

    salam..lame beno xjoin kem.. leh lg ke jd fc?? em..
    kene train blik ni… sy bdak bru belajar..=)
    mushtaq kem ma…

  7. irwan_smk t'deja Says:

    assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat brother syam,abg man,abg2 n kkak2 fasi..sye ingin mngucapkn ribuan trima ksih ats tnjuk ajr yg diberikn..wlaupun prtmuan kte tdk lama ttpi bnyk yg sye n kwn2 plajari..ksn drpd programe itu sdikit sbnyk membrikan prubahan kpd sye n kwn2..ini trbukti apabila sye n kwn2 sdah mula mngamalkn solat dhuha stiap hari n lbh brsmangat untk blajar..ap yg sye lihat kwn2 sye lbh brsmngt n mreka slg hormat mnghormati antra sa1 sama lain..di harap asa explore trus aktif n lbh brkmbng lgi..smoga apa yg abg2 n kkak2 fasi berikn kpd kami akn diberi gnjaran oleh Allah S.W.T..”WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK”..skian dri sye..Irwan..SMK TAMAN DESA JAYA,JOHOR BAHRU,JOHOR.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: