Kisah Ikan dan Air

Dedikasikan kisah ini untuk seluruh warga ASA Explore (fasilitator) dan juga semua pendidik, adik-adik yang sentiasa di hati!

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.” Pada ketika itu juga, seekor ikan kecil muncul dari bawah permukaan air dan ingin mengetahui dimanakah air yang dikatakan oleh si bapa tadi.

Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hai, tahukah kamu dimana air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati”. Kesemua ikan tersebut tidak mengetahui di mana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepat yang sudah berpengalaman, kepada ikan sepat itu ikan kecil ini menanyakan hal tersebut, “Di manakah air?”, jawab ikan sepat, “Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita akan mati”. Apa erti cerita tersebut bagi kita. Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sehingga dia tidak menyedarinya. Kehidupan dan kebahagiaan ada di sekeliling kita dan sedang kita jalani, selagi kita mahu menghayatinya.

Walau apapun masalah yang datang melanda, walau besar ujian yang kita tempuhi, walau berat untuk kita hadapi, walau sukar untuk kita jalani, maka hadapi la semuanya dengan ketenangan dan kebahagian. Kerana hidup ini sentiasa ada manisnya, kadang-kadang pahit, selalunya suka, tiba-tiba menjadi duka. Oleh itu, hadapilah semuanya dengan senyuman! Moga tabah hadapi segala dugaan, rintangan dan cabaran untuk manjadi ‘Logam yang berharga”. -brother sham

Explore posts in the same categories: Kisah Inspirasi

3 Comments on “Kisah Ikan dan Air”

  1. Iezz Says:

    2 thumbs up! Nak copy kat blog, ya?tq

  2. kak sey Says:

    salam,
    kdg2 kta x perasan dgn ape yg ad disekeliling kta
    sehingga kta lupa pd PENCIPTA….
    ucapkan & buktikn la syukur kta pd ALLAH dgn apa jua potensi yg ad pd kta…insyaallah hidup akn lebih diberkati…& tanpa kta sedari kta sentiasa merasa kesenangan & kebahagiaan…amin…wallahu’alam…

  3. al-faizah Says:

    suka kisah ini..penuh ngn makna tersirat..
    manusia tidak ramai yang bersyukur dengan apa yang telah mereka ada sehinggakan tercari-cari, terkejar-kejar…padahal semuanya telah ada di dpn mata…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: