Iman Semut

sampaikanlah kebaikan walau sepotong ayat…

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”. Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi AllahSulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”. Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”. Jawab Imam Suffian:” Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil:
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”

Nukilan : Brother Has

Explore posts in the same categories: Ibrah & Iktibar

17 Comments on “Iman Semut”

  1. brother has Says:

    Wake up for Fajr Salaah

    A man woke up early in order to pray the fajr prayer in the masjid.

    He got dressed, made his ablution and was on his way to the masjid. On his way to the masjid, the man fell and his clothes got dirty.

    He got up, brushed himself off and headed home. At home, he changed his clothes, made his ablution and was again, on his way to the masjid.

    On his way to the masjid, he fell again and at the same spot! He again, got up, brushed himself off and headed home. At home he, once again changed his clothes, made his ablution and was on his way to the masjid.

    On his way to the masjid, he met a man holding a lamp. He asked the man of his identity and the man replied ,I saw you fall twice on your way to the masjid, so I brought a lamp so I can light your way.

    The first man thanked him profusively and the two were on their way to the masjid. Once at the masjid, the first man asked the man with the lamp to come in and pray Fajr with him. The second man refused. The first man asked him a couple more times and, again, the answer was the same. The first man asked him why he did not wish to come in and pray. The man replied, I am Satan. The man was shocked at this reply. Satan went on to explain, I saw you on your way to the masjid and it was I who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the masjid, Allah forgave all of your sins. I made you fall a second time, and even that did not encourage you to stay home but rather, you went back on your way to the masjid.Because of that, Allah forgave all the sins of the people of our household .I was AFRAID if I made you fall one more time, then Allah will forgive the sins of the people of your village, so I made sure that you reached the masjid safely.’

    So DO NOT let Satan benefit from his actions. DO NOT put off a good that you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

  2. brother has Says:

    SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
    SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
    SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
    SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
    SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA…………..

    Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.

    Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu…

  3. wawa Says:

    salam,bro has
    semoga terus berjuang walauapapunyang terjadi…

  4. brother has Says:

    salam wawa…
    tq atas sokongan dan nasihat..
    harap wawa pun sama..
    dan abg doakan wawa sentiasa sihat sentiasa dan dpt baby yg comel.. amin..
    harap2 wawa dpt join prgrm ASA lagi pada masa yg akn dtg..

  5. aifa Says:

    salam….
    pe khabar semua?

  6. kimie Says:

    wah…Jazakallah Bro Has…citer ni btol2 menusuk qalbu…hidup Bro Has utk ASA..jgn ptus asa..Cayok2!!

  7. kimie Says:

    erm..ana mhon utk copy citer ni..Ballighu ‘anni walau aayah..

  8. brother has Says:

    salam…
    alhamdulillah sihat..

    to kimie..
    apa kbr? lama xdgr berita n xjoin prgm. sibuk ngan kerja ek.. harap2 kimie dpt join prgrm lagi pd masa akn dtg.
    alhamdulillah semoga apa yg disampaikan dpt digunakan dan diamalkan. abg hny tolong menyampaikan jer spy dpt dikongsi bersama. Semoga kita sama2 ditambahkan ilmu dunia dan akhirat.

  9. brother has Says:

    FAMILY

    Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
    syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
    dalam hanya beberapa hari?

    Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
    akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

    Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
    Melebihi keluarga kita, adalah merupakan su atu pelaburan yang tidak bijak.
    Bukankah begitu?

    Jadi apakah maksud yang tersirat?

    Tahukah anda makna ‘FAMILY’?
    FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
    ‘ HARGAILAH KELUARGA ANDA ‘

  10. kak sey Says:

    salam..touchingnya makna family 2…
    hargailah keluarga kita:-)

  11. kak anne Says:

    salam keamanan dunia dn akhirat…..
    buat semua..

    BAGAIMANA NAK JADI KAYA DUNIA DN AKHIRAT.
    “Aku tlh mndengr Rasullullah S.A.W pernh brsbda : sesiapa yng mmbaca surah Al-Waqi’ah setiap mlm mk dia tidk akan d’timpa fakir…
    “surh al-waqi’ah adlh surah kekyaan mk bacalh dn ajrkan kpd ank-ank kamu”

  12. brother has Says:

    Hidup – 3 hari 2 Nafas

    “HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
    Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
    Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
    Esok ~ Hari yang belum pasti.

    Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

    HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
    Nafas Naik.
    Nafas Turun.

    Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

    Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

    HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
    Hidup dalam keredhaan ALlah.
    Hidup dalam kemurkaan ALlah.

    HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
    Kekal di dalam neraka.
    Kekal di dalam syurga.

    Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN…
    Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

    Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

    Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
    pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

    Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
    Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

    Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita …
    Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang …
    lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.

    Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa … di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

  13. ariff skpu 2(2005) Says:

    asalamualikum…
    ahlan wasahlan …apa khabar bro has
    alhamdulilah allah telah merperpanjang kan jodoh kita untuk bertemu di bulan ramadhan almubarak ini.
    saya mendoakan agar kerjaya bang has sentiasa diberkati allah..

    p:s kepada f.c2 yang lain dan rakan sezaman …didoakan kita sentiasa berada didalam keadaan sihat dan `happy selalu’..

  14. brother has Says:

    to ariff
    salam..
    alhamdulillah abg sihat..
    alhamdulillah, kita dpt bertemu lagi.
    lebih 2 thn kita x jumpa..
    semoga kita dapat terus berhubung..
    mmm.. teringin nak wat reunion dgn budak2 skpu2..
    semua dah besar2 skrg.. yelah dulu thn 6, skrg dah form4. rindu r nak jumpa kamu semua..
    abg doakan ariff dan kawan2 berjaya dan cemerlang dlm pelajaran dan kehidupan.. amin..

    p/s sek. puchong utama 2, my 1st prgrm bersama ASA.. sweet memories..

  15. ariff skpu 2(2005) Says:

    asalamualikum….
    kalu bro has nak wat reunion
    mai kita pakat ramai2 serbu rmh min raya ni
    (your house also in my list)

    p:s bro has ..post alamat… nak hantar salam perantauan ..hehehehe!!(also bro zoul)

  16. brother has Says:

    salam..
    insyaAllah, klu sempat..
    abg cuti raya lama..
    balik semula kl on 4/10/09..
    min masa tu mesti dah beraya kat rumah baru kat shah alam.. nnt kita g ngan bro zoul sekali ek.. tunggu abg has balik kl la..

    p/s nak htr kad jugak ker.. mmm boleh jer..
    no. 8, Jln KP 2/2, Kota Perdana, Bandar Putra
    Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
    bro zoul punya alamat kena minta sendiri kat dia..

  17. ariff Says:

    asalamualaikum
    alhamdulillah … insyallah plan kita `success’
    semoga bang has selamat pergi dan kembali..
    (kuching jauh tu)
    dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan `SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI’

    P:S always happy with your family… CHEER UP!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: