Seriuslah Dengan Tuhan!

children2gif.gif

Pernah Sayyidina Umar bin Khattab r.a. ketika berziarah ke rumah Baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah S.W.T sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar ditubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayyidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah s.a.w. pun bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Umar?” 

“Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini,” jawab Sayyidina Umar. “Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagian di akhirat sedang mereka memilih dunia.” Itulah jawapan seorang hamba Tuhan. Luluhlah hati Sayyidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah s.a.w. itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukannya yang tinggi sekalipun Rasulullah s.a.w. tetap merasakan kehambaannya. Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan. Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha. Bagaimana sikap orang yang serius dengan Tuhan? Antaranya ialah dalam keadaan apa pun, hati sentiasa cemas dan bimbang terhadap Tuhan. Kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan dirasakan belum berbuat. Kalaupun berjaya dalam satu kerja, dirasakan belum hasil kerjanya, tapi milik Tuhan. Di dalam diri sudah tertanam rasa kurang, rasa lemah, rasa tidak mampu; sehingga dari situ lahirlah benih-benih cinta terhadap Tuhan. Cinta Tuhan ini sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan.

Hadirkanlah Tuhan, bagi mengiringi kerja-kerja yang kita lakukan, baik kerja-kerja lahir mahupun yang batin. Agar kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap tindakan kita. Apabila kita serius denganNya, maka Tuhan akan memberikan perhatianNya. Betapa besar kasih sayang Tuhan kepada hambaNya, pamerhatianNya itu adalah lambang kasih sayangNya pada hambaNya.

Explore posts in the same categories: Ibrah & Iktibar

5 Comments on “Seriuslah Dengan Tuhan!”

  1. bro has Says:

    terima kasih wahai Tuhanku..
    yg sentiasa melimpahkan rahmatNYA
    membenarkan aku menghadapMU Tuhan
    yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

    lagu recall ASA..
    teringat masa prgrm..
    RINDU sgt2

  2. Bro Fit Says:

    ala bro kalau rndu,pe g cpat2 la trun join pgram…
    kalau tggu x rak guna..hehehe
    meh kte brpgram…=)

  3. al-faizah Says:

    hanya kesederhanaan yang melambangkAN KEPADA SESUATU KEINDAHAN ..ALHAMDULILLAH

  4. k.wawa Says:

    sesungguhya…ALLAH sgt menyayangi kita…semoga ALLAH sentiasa bersama sama kita……insyaALLAH…

  5. ju Says:

    semoga kita akan menjadi umat yang sentiasa diredhai allah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: