Seronok Bersama OKU!

foto-pertis.jpg

Apa yang saya dapat katakan, saya sangat seronok! Baru-baru ni (16-18 April) team ASA bersama dengan ICR dengan kerjasama JAWI mengadakan program bersama OKU (Orang Kurang Upaya). OKU ini daripada PERTIS (Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam M’sia). Saya sangat seronok dan gembira berpeluang mengenali OKU (orang buta) dalam program kepimpinan. Pengalaman yang sungguh berharga!

Asalnya peserta program yang sepatutnya ikut serta dalam program ini seramai 40 orang. Namun yang dapat hadir seramai 12 orang berserta 2 orang pengiring (14 peserta). Selebihnya yang tidak dapat hadir adalah daripada Kelantan dan Terengganu, disebabkan masalah pengangkutan. Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk bersama-sama meneruskan aktiviti yang telah dirancang.

Memang mereka (orang buta) sangat hebat! Dan saya kagum dengan kemampuan mereka. Program ini banyak mendedahkan mereka kepada aktiviti outdoor. Apa yang orang normal boleh buat, mereka juga boleh melakukannya. Antara aktiviti yang dibuat, Who Shall Survive (indoor-paling best), Obstacle Course, Leadership Game dan Junggle Trekking, Malam persembahan (mereka memang sempoi dan sporting)..

Apa yang saya dapat ungkapkan, mereka punya semangat yang tinggi, sentiasa ceria dan punya personaliti yang sangat mengkagumkan. Moga mereka semua terus SUKSES…

Explore posts in the same categories: 1000 Kenangan

One Comment on “Seronok Bersama OKU!”

  1. orang jauh dr kuching.. (bro has) Says:

    tahniah buat ASA explore kerana telah berjaya menembusi pasaran baru… nanti bolehlah buat utk anak2 yatim RTK pulak ok.. insyaAllah rezeki ASA akan bertambah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: