Mulakan Saja!

Kita sering kali tersilap berfikir: “Bila aku ada tenaga, aku akan mula jogging setiap pagi!”; “bila aku rasa ada semangat, akan akan buat homework”; “bila aku ada masa, aku nak kemaskan bilik tidurku”; “bila aku ada mood , aku akan belajar”. Kita silap!

Kita dapat tenaga dan semagat selepas kita mula lakukannya. Kita jogging dulu, kita akan bertenaga. Kita siapkan kerja rumah, kita akan lebih bersemangat. Kita kemaskan bilik tidur baru kita ada banyak masa. Apakah rahsianya? Kita mulakan!

Pernahkah terjadi pada diri kita? Timbunan sampah sarap di bawah katil, buku-buku berselerak. Kita geledah almari, baju bersepah-sepah, meja study dah macam sarang tikus. Bilik dah jadi tempat pembuangan sampah!

Tiba-tiba kita dapat ilham.. “Aku boleh ada bilik yang kemas dan cantik”. Terasa dada kita penuh dengan semangat dan kita mula merancang sesuatu. “Aku akan buat fail baru dengan label ikut kod warna; aku akan sediakan balang khas untuk pen dan pensil. Malah aku akan kosongkan bakul sampah setiap minggu!”. Kini kita ada misi yang besar. Kita sedang mencipta satu ruang yang paling bersih di dunia! Menjelang tengah malam, kita jumpa hampir 20 batang pensil dan pen. Penting sangat ke? Tidak! Kita terlalu seronok untuk mengemas.

Ini prinsip membersihkan bilik sendiri, dan tidak kurang hebat kesannya untuk kerja-kerja sekolah, bersukan, basuh kasut sekolah. Kita mula ghairah membuat sesuatu selepas kita “bermula”. Kita mulakan saja, kemudian kita akan merasakan tenaga dan keghairahan. Keywordnya adalah mulakan!

Explore posts in the same categories: Motivasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: