Titik Renungan!
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan.telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran,hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
6) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
7) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
9) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
10) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Nukilan : Kak Yasmien UIAM
This entry was posted on March 29, 2009 at 1:53 am and is filed under Ibrah & Iktibar. You can subscribe via RSS 2.0 feed to this post's comments. You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.
March 29, 2009 at 12:15 pm
btul………..btul…….btul……….
keikhlasan itu juga umpama batu di dlm sungai……..
ia amat sukar d’lihat……….
tetapi……..
ia mmg wujud ………..
salam ikhlas drpd wawa……….
grup kak honey d sks272………
MANTAP……….
April 7, 2009 at 10:14 am
Salam…windu kat kak wawa…
harap-harap sihatlah…amin
April 7, 2009 at 4:00 pm
salam..
to yasmien..
thanx atas kata2 hikmah yg cukup bermakna..
insyaAllah dpt jd muhasabh kpd diri kita..
April 8, 2009 at 8:07 am
Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali ra :
“ wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
1. Jujur berkata-kata.
2. Menjauhi segala yang haram.
3. Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Rahsiakan ibadahnya.
2. Rahsiakan sedekahnya.
3. Merahsiakan ujian ynag menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisabkan dirinya.
3. Membanyakkan ibadah kepada Allah.
April 8, 2009 at 8:08 am
Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali ra :
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
1. Jujur berkata-kata.
2. Menjauhi segala yang haram.
3. Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Rahsiakan ibadahnya.
2. Rahsiakan sedekahnya.
3. Merahsiakan ujian ynag menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisabkan dirinya.
3. Membanyakkan ibadah kepada Allah.
April 8, 2009 at 8:10 am
Kata kunci untuk melawan syaitan ada 4 huruf BEST :
• B = believe in Allah (beriman kepada Allah).
• E = eager to learn (gigih belajar sampai mati).
• S = sincerity (ikhlas).
• T = towards excellent (menggapai keunggulan).
# Cuma satu perkara, apabila sudah berjaya jangan lupa diri, nanti termakan diri.
April 8, 2009 at 2:37 pm
Air Hujan Tak Seperti Air Mata..Md. Rz 08..
Bangkitkan ku…
Renyai hujan aku abaikan..
Guruh berdentum tanpa sedikit getaran di hatiku..
Seolah-olah aku tidak mendengar jeritan alam..
Di manakah aku..
Hidupku kini umpama ikan tenang di air..
Berenang bebas tanpa haluan..
Tenang menyusuri sungai tatkala petir berdentum..
Bagaikan buih-buih air berenang bersama sang ikan..
Tidak menghirau petir di darat..
Sedarkan diriku dari lamunan..
Kerap kali ku lihat cahaya kecil di hujung kegelapan..
Adakah sinar kejayaan..
ataupun api penyiksaan..
Hendakku kejar dan aku gapai..
Tapi semakin laju aku berlari..
Semakin jauh ia pergi meninggalkan ku..
Hujan semakin lebat..
Tapi mengapa aku tidak kisah semua itu..
Mengapa aku hanya mendengar titisan hujan
seperti hembusan angin di subuh hari..
Loceng di hati masih belum mampu menyedarkanku dari lamunan..
Kini ku sedar..
Titisan hujan hanya membuat diriku dibuai bayangan..
Hanya titisan air mataku mampu menyedarkanku dari lamunan..
Mengalir kering di kelopak mataku..
Seperti memberitahu apa yang berlaku..
Berdetikla loceng di hati,
Membangunkanku dari mimpi tanpa tidur..
Ku serahkan kepada ilahi,
Bagi menentukan perjalanan hidupku,
yang kini jauh di dasar laut..
April 8, 2009 at 3:44 pm
SALAM HIKMAH DALAM HIKMAH..
MOGA KITA MENDAPAT HIKMAH DAN RAHMAH YG ESA…
1.sesiapa yg meniggal cinta DUNIA yg berlebihan akan menerima cinta AKHIRAT yg hakiki..
2.pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu,pandangan hati itu yg hakiki,jika lahir dari iman dan taqwa..
3.ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan untuk ketawa,ada masa kita peru ketawa agar kita tahu bertapa bernilainya setitis air mata..
4.urusan yg kecil akn menjadi besar bg org yg berjiwa kecil,manakala urusan yg besar akan menjadi kecil bagi orang yg berjiwa besar…
5.jgn tertarik kpd seseorang kerna parasnya,sebab keelokkan paras boleh menyesatkan,tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,kerana hanya senyum dapat membuat hari2 yg gelap menjadi cerah..
6.kasihilah orang yg engkau kasihi sekadarnya,mungkin dia akan menjadi orang org yg engkau benci suatu hari nanti,bencilah org yg engkau benci sekadarnya,mungkin dia akn menjadi kesayangan mu suatu hari nanti…
7.kemuliaan hati seseorang itu bila dia sanggup memaafkan kesalahan sahabat2nya..
April 9, 2009 at 4:06 pm
wah…sume nk send renungan bersama ni..bgus2…saling ingat mengingati antara 1 sama lain…
http://syahmisyafiq.blogspot.com/
April 13, 2009 at 6:00 am
Renungan bersama…
Yang berjaya
Menerima segala bentuk
Nasihat yang ia mampu…
Yang gagal
Tidak mahu langsung menerima
Sebarang nasihat…
Yang berjaya
Berfikiran positif…
Yang gagal
Berfikiran negatif…
Yang berjaya
Mempunyai impian untuk hidup
Dan mengambil semua peluang yang ada…
Yang gagal
Hidup dalam angan-angan kosong…
Yang berjaya
Akan menikmati kemewahan hidup…
Yang gagal
Mengganggap hidup adalah bebanan…
April 13, 2009 at 6:06 am
salam sume…
kepada faci baru, kak anne dan kak sey,
sy nak mintak maaf atas segala kesalahan pada tempoh hari…sy sakit kepala masa tu, so mcm2 tingkah laku yang sy pamerkan pada antum… sebenarnye x de pape pun, sje je nak tgk reaksi kak2 faci…hehe… yang penting, persahabatan dalam keluarga ASA kekal selamanya…
jangan amik ati tau, nanti x de ati susah…
hehehe…
chaww…
April 19, 2009 at 4:34 pm
Pisang dan Hati
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
http://syahmisyafiq.blogspot.com/
April 23, 2009 at 2:34 am
abg datanglah lagi bila-bila senang sayang dari seluruh warga SKTAT
May 2, 2009 at 12:59 pm
SALAM UKHWAH,SALAM HIKMAH..
DALAM ‘MUTIARA KATA’
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
“Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan”
“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”
“Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah”
“Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegangoleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan”
“Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat”
“Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur”
“Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
renung-renungkan..dan selamat beramal…
assalamualaikum…
May 7, 2009 at 4:24 am
sampaikanlah kebaikan walau sepotong ayat…
IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”. Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi AllahSulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”. Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”. Jawab Imam Suffian:” Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil:
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN” .
May 8, 2009 at 1:13 pm
INGATAN BERSAMA DAN UNTUK DIAMALKAN BERSAMA
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
~ Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta ~(RENUNG2KAN DAN FIKIR2KAN SERTA AMALKAN YG BAIK)
May 8, 2009 at 2:16 pm
Salam?
wat abg n akak fc yg sdi luangkan mse 4 student SAMSMEL
3 AMANAH [T]h[A]n[X] BANgET…
memOri 6 mEi 2009 x kn d’lup3kan
2 BRO.SHAM
BRO.MAWI
BRO.BAJAU
BRO.F
KAK HONEY
KAK ANNE
& KAK SEYH
thanx bangEt….
kalO fre3 dtg larh skuwl kite owg….
huhu….
miss u all…
[wasalam]